Sinyum dulu bha
Kalau dulu saya kemaskini dengan menggunakan bahasa English tapi sekarang saya mahu mengemaskini dengan bahasa melayu dicampurkan dengan bahasa sabah yang terkenal. Bha, seperti yang saya bilang, saya mau cerita pasal apa yang telah berlaku dikebelakangan ini..
Sebelum ini saya ada cerita tentang cerita saya bersama Charlene betul tidak? ya, itu adalah sebahagian daripadanya juga. Tentang kami ini, banyak juga perkara yang hampir menghalang perhubungan kami, tetapi dengan adanya sikap sabar dan yakin, setia serta sayang.. saya bersedia untuk meletakkan harapan saya kepada Charlene.
Seterusnya, saya ingin menceritakan mengenai pekerjaan saya sebagai receptionist d sebuah hotel di Tawau ini. Bulan ini adalah bulan terakhir saya bekerja selama 1 tahun 5 bulan dan 25 hari. Tujuan saya berhenti bukanlah atas sebab kerja, tetapi adalah sebab ingin meluaskan bakat dan juga pengalaman saya. Setelah menghantar notis berhenti selama 1 bulan, maka tarikh akhir saya adalah 31 Ogos 2012. Saya harap apa saja yang telah berlaku tolong dimaafkan.
Selain itu, ingin dimaklumkan juga bahawa saya mungkin akan berpindah ke Kota Kinabalu pada bulan hadapan setelah selesai tugas saya d Promenade Hotel Tawau. Untuk bekerja atau belajar saya tidak pasti lagi, kerana ibubapa saya suruh saya belajar akan tetapi saya ingin menyambung untuk bekerja. tp tidak tau juga la kn.
apa pun saya akan terus berdoa untuk semua ini. sekian.
No comments:
Post a Comment